@sofyank96
Sofyank96Alhamdulillah waktu di Beijing, saya dan @mshaffuan berpeluang untuk berjumpa dengan aktor lagenda, iaitu Jackie Chan. Plan asal kami akan shoot video vfx bersama dengan Jackie Chan, tetapi disebabkan kesuntukan masa, tidak sempat untuk kami tunaikan plan tersebut. Tetapi tak mengapa, memori bertemu mata dengan seorang lagenda dunia yang sering mewarnai kaca tv zaman kanak-kanak kita semua dulu, sudah cukup memadai untuk kami. Pertemuan kali ini menambahkan lagi semangat baru dalam diri kami untuk terus menghasilkan konten dan kami akan terus cuba mewarnai dan menghiburkan hari-hari korang semua dengan konten yang kami hasilkan. InsyaAllah, kalau diberi peluang satu hari nanti, kami akan hasilkan "konten" untuk ditayangkan dilayar perak pula. Doakan tau! #TheShadowsEdge #ShanghaiPictures #gscmovies
On the profile · Aug 6, 2025